Saturday, January 10, 2009
Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukat Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat
Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diri Jangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri
Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala Acheh Rosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih
Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok Ru Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru
Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya? Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya
Baik-baik mengirai padi Takut mercik ke muka orang Biar pandai menjaga diri Takut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagar Jangan terpotong batang durian Cari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian
Kalau kita menebang jati Biar serpih tumbangnya jangan Kalau kita mencari ganti Biar lebih kurang jangan
Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburu Kalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru
Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tepi lorong Kalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung
Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Suruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu
Berakit ke hulu dengan bergalah Buluh pecah terbelah dua Orang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pula
Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah
Left @ 8:10 AM
|