Wednesday, January 28, 2009
Pantun: Karmina Judul Lagu: Pulau Pisang Irama: Ghazal
Pulau Pisang rumah api, [pembayang] Pedoman kapal belayar malam; [pembayang] Sebelum ajal berpantang mati, [maksud] Walau tercampak lautan dalam. [maksud]
STRUKTUR: -empat baris -2 baris awal [pembayang] -2 baris akhir [maksud] *kurang menggunakan imbuhan -setiap baris ada 8-12 suku kata -kosa-kata; alam
Baris 1&3 suku katanya harus sama -aa Baris 2&4 suku katanya harus sama -bb
*SYAIR -hujungnya semua sama -Jeda =tempat perhentian sebenar -Kelasi =anak kapal
[PANTUN BERKAIT] Pedoman kapal belayar malam, Sarat bermuat buah keranji; Walau tercampak lautan dalam, Tidakku lupa segala janji.
Dari pelajaran hari ini, saya dapat membezakan antara pantun lama dan yang moden. Saya juga mempelajari stuktur pantun yang terdiri daripada 2 baris awal iaitu pembayangnya dan 2 baris akhir iaitu maksud atau 'mesej' pantun tersebut. Pada pendapat saya, pantun tradisional memang kreatif kerana tidak banyak imbuhan yang digunakan dalam pantun tersebut dan kebanyakan kosa katanya adalah tentang persekitaran alam.
Left @ 4:21 AM
|