Dari Sepatah Menjadi Kata♥ Menyulam Tautan Hati |
BICARA
...dalam proses... |
Assalamualaikum =)
Bermulanya impian apabila sesuatu itu menjadi kenyataan... Selamat Datang Ke Blog Sastera Saya! [Tekan butang 'Menyulam Tautan Hati'] |
Diriku
Nur Shahirah Bte SulaimanMurid Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang 3L1 hidup lebih terarah...
inilah sastera♥
BAHASA melambangkan BANGSA
| Pergi&Kembali
Cikgu Manaf
Shalinah
Azlinda
Mardhiyyah
'Amirah
Allisa
Faris
Haziq
Syafiq
Asyur
Khai
Ridzwan
Syafiqah
Syazana Isi yang Terkandung
Sebelumnya
TerimaKasih
designer : ♥
basecodes : !splendid.shot-
| Monday, February 2, 2009
SYAIR [SYIIR -dalam bahasa Arab] *8-12 suku kata *a-a-a-a *bahasa segar CONTOH 1 AYAT: (oleh Khai) permainan komputer hibur hati boleh dimain pada masa lapang tetapi tidak boleh keterlaluan beri lebih tumpuan pada pelajaran SYAIR: (diperbaiki oleh Cikgu Manaf) Permainan komputer menghibur hati, Bila-bila masa bila-bila hari, Kalau bermain usah lupa diri, Pada pelajaran tumpuan diberi. CONTOH 2 AYAT: (oleh Ridz) saya suka bermain permainan komputer setiap kali saya mula main, mesti rasa seronok walaupun seronok, mesti penat mata saya namun saya tidak akan bosan main berulang kali SYAIR: (diperbaiki oleh Cikgu Manaf) Permainan komputer saya gemari, Sangat seronok setiap kali, Mata akan penat saya rasai, Tidak akan bosan sama sekali. CONTOH 3 SYAIR: (oleh Syazana) Warung Pak Said menjual kelapa, Air kelapa enak rasanya, Terkenal kerana harganya yang murah, Ramai orang menggemarinya. SYAIR: (diperbaiki oleh Cikgu Manaf) Pak Said menjual kelapa, Rasa enak air kelapanya, Terkenal kerana murah harganya, Ramai orang datang membelinya. CONTOH 4 AYAT: (oleh Asyur) main bola di padang besar rakan si Azim bermain kasar jatuh di sini jatuh di sana kami tetap kawan selama SYAIR: (diperbaiki oleh Cikgu Manaf) Di padang besar bermain bola, Kasar si Azim ketika main bersama, Jatuh di sini tersungkur di sana, Namun tetap kami kawannya. Syair -Tentang Cikgu Manaf: Cikgu Manaf guru Sastera, Beristeri satu anak dua, Muhd Faiz, Nurul Rasyidah, nama cahaya matanya. Syair -Makanan: Mari pergi warung Cik Hawa, Laksa, chapathi, kueh pon ada, Pilih saja yang mana suka, Semuanya sedap-sedap belaka. Syair -sekadar hiburan: Jom kita pergi restoran KFC, Bersama pengetua sekolah Mr Lee, Makan ayam goreng bersalut cili, sedap hingga menjilat jari-jemari. Dalam pelajaran hari ini, saya berkesempatan untuk mengenali syair dan sekali gus cuba membuat serangkap syair dengan tunjuk ajar daripada Cikgu Manaf. Keadaan di dalam kelas Sastera tadi memang sejuk sekali sehinggakan Mardhiyyah, Shalinah, 'Amirah dan saya menggigil kesejukan. Nasib baik ia tidak menjadi hambatan bagi kami untuk terus memberi sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar. Hmmm... Globalisasi memperkayakan budaya? Betulkah? |