Sunday, February 15, 2009
Ingat pesanan orang tua-tua, Apa-apa yang ada ada puncanya; Sedikit sebanyak kami nak bicara, Tentang apa-apa di sekeliling kita.
Kari karipap epok-epok kentang, Makanan harian yang kita suka; Terkenal sudah di negeri seberang, Makanan harian orang-orang kita.
Buah sengkuang ditumis basah, Diisi dengan lain-lainnya; Enak bersambal bergulung pula, Popiah goreng popiah kita.
Sejak bila suka ditaksirkan, Pengarah lingkungan orang-orang kita; Cina India juga peranakan, Dalam hidangan kita bermuhibbah.
Zaman Hang Tuah Zaman Melaka, Pelbagai bangsa mengenalinya; Hingga sekarang semua mesra, Itulah kita di Taman Malaya.
"Hidangan Melayu" oleh Cikgu Manaf
Pelajaran hari ini kurang menarik. Ramai yang tidak membawa tugasan yang telah diberi kepada mereka ke kelas sehinggakan membuat cikgu Manaf marah. Saya harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi dan biarlah pelajaran hari ini menjadi suatu teladan bagi kita semua.
AGAMA DISANJUNG BUDAYA DIJUNJUNG.. KITA PEWARIS BARISAN BUDI..
*Jangan Lupa Bawa Tugasan masing-masing ke kelas ESOK*
Left @ 6:04 AM
|