Dari Sepatah Menjadi Kata♥ Menyulam Tautan Hati |
BICARA
...dalam proses... |
Assalamualaikum =)
Bermulanya impian apabila sesuatu itu menjadi kenyataan... Selamat Datang Ke Blog Sastera Saya! [Tekan butang 'Menyulam Tautan Hati'] |
Diriku
Nur Shahirah Bte SulaimanMurid Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang 3L1 hidup lebih terarah...
inilah sastera♥
BAHASA melambangkan BANGSA
| Pergi&Kembali
Cikgu Manaf
Shalinah
Azlinda
Mardhiyyah
'Amirah
Allisa
Faris
Haziq
Syafiq
Asyur
Khai
Ridzwan
Syafiqah
Syazana Isi yang Terkandung
Sebelumnya
TerimaKasih
designer : ♥
basecodes : !splendid.shot-
| Friday, January 30, 2009
Dipetik dari blog Cikgu Manaf. Semua glosari dipetik dari blog Cikgu Manaf. Wednesday, January 28, 2009
Pantun: Karmina Judul Lagu: Pulau Pisang Irama: Ghazal Pulau Pisang rumah api, [pembayang] Pedoman kapal belayar malam; [pembayang] Sebelum ajal berpantang mati, [maksud] Walau tercampak lautan dalam. [maksud] STRUKTUR: -empat baris -2 baris awal [pembayang] -2 baris akhir [maksud] *kurang menggunakan imbuhan -setiap baris ada 8-12 suku kata -kosa-kata; alam Baris 1&3 suku katanya harus sama -aa Baris 2&4 suku katanya harus sama -bb -Jeda =tempat perhentian sebenar -Kelasi =anak kapal [PANTUN BERKAIT] Pedoman kapal belayar malam, Sarat bermuat buah keranji; Walau tercampak lautan dalam, Tidakku lupa segala janji. Dari pelajaran hari ini, saya dapat membezakan antara pantun lama dan yang moden. Saya juga mempelajari stuktur pantun yang terdiri daripada 2 baris awal iaitu pembayangnya dan 2 baris akhir iaitu maksud atau 'mesej' pantun tersebut. Pada pendapat saya, pantun tradisional memang kreatif kerana tidak banyak imbuhan yang digunakan dalam pantun tersebut dan kebanyakan kosa katanya adalah tentang persekitaran alam. Tuesday, January 13, 2009
ada sedikit masalah dengan blog ini.. T.T *sedih* Sunday, January 11, 2009
Pok amai-amai Belalang kupu-kupu Bertepuk adik pandai Malam nanti upah susu Susu lemak manis Santan kelapa muda Adik jangan menangis Emak banyak kerja Air pasang pagi Surut pukul lima Bangun pagi-pagi Siram pokok bunga Pokok bunga melur Tanam tepi batas Itik dah bertelur Ayam dah menetas Lompat si katak lompat Lompat dalam perigi Cepat adik cepat Pergi mandi cuci gigi Lompat si katak lompat Lompat di tepi pagar Sekolah lekas dapat Dan mesti rajin belajar Lompat si katak lompat Lompat di air tenang Pergi sekolah cermat Emak bapa hati senang Lompat si katak lompat Lompat di rumput muda Belajar kuat-kuat Buat ilmu hari tua Anak lembu merah Tambat di pokok asam Adik kena marah Tarik muka masam Burung Kakak Tua Hinggap di jendela Nenek sudah tua Giginya tingal dua Burung Kakak Tua Ada anak empat Nenek sudah tua Jalan pakai tongkat Burung Kakak Tua Bersarang celah batu Badan sudah tua Gigi jarang sana satu Saturday, January 10, 2009
Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukat Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diri Jangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala Acheh Rosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok Ru Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya? Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya Baik-baik mengirai padi Takut mercik ke muka orang Biar pandai menjaga diri Takut nanti diejek orang Ke hulu membuat pagar Jangan terpotong batang durian Cari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian Kalau kita menebang jati Biar serpih tumbangnya jangan Kalau kita mencari ganti Biar lebih kurang jangan Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburu Kalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tepi lorong Kalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Suruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu Berakit ke hulu dengan bergalah Buluh pecah terbelah dua Orang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pula Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah |