Monday, February 16, 2009
GURINDAM *hujungnya seirama *tidak ada suku kata terhad *apotasis(baris pertama) -syarat *diatasis(baris kedua/ketiga) -akibat/lanjutan/kesan
Gurindam 2 baris:
Kalau hendak anak yang cerdik; -a Mestilah kita pandai mendidik. -d
Kalau hendak anak terpuji; -a Mestilah dia pandai mengaji. -d
Gurindam 3 baris:
Cahari anakku akan sahabat, -a Yang dapat anakku jadikan ubat; -a Bahagia hidupmu sentiasa selamat. -d
Cahari anakku akan kawan, -a Pilihlah segala yang setiawan; -a Dunia akhirat hidupmu aman. -d
Cahari anakku akan guru, -a Yang tahukan anakku sahabat seteru; -a Hati akan tetap tidak keliru. -d
Cahari anakku teman di hati, -a Yang halal dekatkan haram dijauhi; -a Supaya anakku tenang di hati. -d
Left @ 6:44 AM
|