Dari Sepatah Menjadi Kata♥ Menyulam Tautan Hati |
BICARA
...dalam proses... |
Assalamualaikum =)
Bermulanya impian apabila sesuatu itu menjadi kenyataan... Selamat Datang Ke Blog Sastera Saya! [Tekan butang 'Menyulam Tautan Hati'] |
Diriku
Nur Shahirah Bte SulaimanMurid Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang 3L1 hidup lebih terarah...
inilah sastera♥
BAHASA melambangkan BANGSA
| Pergi&Kembali
Cikgu Manaf
Shalinah
Azlinda
Mardhiyyah
'Amirah
Allisa
Faris
Haziq
Syafiq
Asyur
Khai
Ridzwan
Syafiqah
Syazana Isi yang Terkandung
Sebelumnya
TerimaKasih
designer : ♥
basecodes : !splendid.shot-
| Monday, February 16, 2009
GURINDAM *hujungnya seirama *tidak ada suku kata terhad *apotasis(baris pertama) -syarat *diatasis(baris kedua/ketiga) -akibat/lanjutan/kesan Gurindam 2 baris: Kalau hendak anak yang cerdik; -a Mestilah kita pandai mendidik. -d Kalau hendak anak terpuji; -a Mestilah dia pandai mengaji. -d Gurindam 3 baris: Cahari anakku akan sahabat, -a Yang dapat anakku jadikan ubat; -a Bahagia hidupmu sentiasa selamat. -d Cahari anakku akan kawan, -a Pilihlah segala yang setiawan; -a Dunia akhirat hidupmu aman. -d Cahari anakku akan guru, -a Yang tahukan anakku sahabat seteru; -a Hati akan tetap tidak keliru. -d Cahari anakku teman di hati, -a Yang halal dekatkan haram dijauhi; -a Supaya anakku tenang di hati. -d Sunday, February 15, 2009
Ingat pesanan orang tua-tua, Apa-apa yang ada ada puncanya; Sedikit sebanyak kami nak bicara, Tentang apa-apa di sekeliling kita. Kari karipap epok-epok kentang, Makanan harian yang kita suka; Terkenal sudah di negeri seberang, Makanan harian orang-orang kita. Buah sengkuang ditumis basah, Diisi dengan lain-lainnya; Enak bersambal bergulung pula, Popiah goreng popiah kita. Sejak bila suka ditaksirkan, Pengarah lingkungan orang-orang kita; Cina India juga peranakan, Dalam hidangan kita bermuhibbah. Zaman Hang Tuah Zaman Melaka, Pelbagai bangsa mengenalinya; Hingga sekarang semua mesra, Itulah kita di Taman Malaya. "Hidangan Melayu" oleh Cikgu Manaf Pelajaran hari ini kurang menarik. Ramai yang tidak membawa tugasan yang telah diberi kepada mereka ke kelas sehinggakan membuat cikgu Manaf marah. Saya harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi dan biarlah pelajaran hari ini menjadi suatu teladan bagi kita semua. AGAMA DISANJUNG BUDAYA DIJUNJUNG.. KITA PEWARIS BARISAN BUDI.. *Jangan Lupa Bawa Tugasan masing-masing ke kelas ESOK* Monday, February 9, 2009
Pembentukan Syair *sebuah cerita panjang *tidak perlu ada pembayang *sekadar rima aaaa pada setiap hujung baris empat baris serangkap *kata-kata disesuaikan dalam penceritaan *ayat-ayat disesuaikan dalam penceritaan Tajuk: Lemak Manis, Santan Kelapa Sopan santun anak Melayu, Senyumannya manis bila disapa; Dalam pantun irama berlagu, Terkenang jasa orang tua-tua. Lemak manis alah amboi-amboi! Santan kelapa alah amboi-amboi! Kupandanglah manis alah amboi-amboi! Anak siapa? Sunday, February 8, 2009
PANTUN BERKAIT Burung belibis di atas lantai, Buah rambai dalam padi; Tuan Raffles orang yang pandai, Tahu sungguh mengambil hati. Buah rambai dalam padi, Lazat cita pula rasanya; Pandai sungguh mengambil hati, Serta dengan budi bahasanya. Lazat cita pula rasanya, Jeruju dengan durinya; Serta dengan budi bahasanya, Setuju pula dengan isterinya. Jeruju dengan durinya, Di tepi jalan orang berlari; Setuju pula dengan isterinya, Seperti bulan dengan matahari. Dipetik oleh Karya Agung Pantun Melayu, 2001 Monday, February 2, 2009
SYAIR [SYIIR -dalam bahasa Arab] *8-12 suku kata *a-a-a-a *bahasa segar CONTOH 1 AYAT: (oleh Khai) permainan komputer hibur hati boleh dimain pada masa lapang tetapi tidak boleh keterlaluan beri lebih tumpuan pada pelajaran SYAIR: (diperbaiki oleh Cikgu Manaf) Permainan komputer menghibur hati, Bila-bila masa bila-bila hari, Kalau bermain usah lupa diri, Pada pelajaran tumpuan diberi. CONTOH 2 AYAT: (oleh Ridz) saya suka bermain permainan komputer setiap kali saya mula main, mesti rasa seronok walaupun seronok, mesti penat mata saya namun saya tidak akan bosan main berulang kali SYAIR: (diperbaiki oleh Cikgu Manaf) Permainan komputer saya gemari, Sangat seronok setiap kali, Mata akan penat saya rasai, Tidak akan bosan sama sekali. CONTOH 3 SYAIR: (oleh Syazana) Warung Pak Said menjual kelapa, Air kelapa enak rasanya, Terkenal kerana harganya yang murah, Ramai orang menggemarinya. SYAIR: (diperbaiki oleh Cikgu Manaf) Pak Said menjual kelapa, Rasa enak air kelapanya, Terkenal kerana murah harganya, Ramai orang datang membelinya. CONTOH 4 AYAT: (oleh Asyur) main bola di padang besar rakan si Azim bermain kasar jatuh di sini jatuh di sana kami tetap kawan selama SYAIR: (diperbaiki oleh Cikgu Manaf) Di padang besar bermain bola, Kasar si Azim ketika main bersama, Jatuh di sini tersungkur di sana, Namun tetap kami kawannya. Syair -Tentang Cikgu Manaf: Cikgu Manaf guru Sastera, Beristeri satu anak dua, Muhd Faiz, Nurul Rasyidah, nama cahaya matanya. Syair -Makanan: Mari pergi warung Cik Hawa, Laksa, chapathi, kueh pon ada, Pilih saja yang mana suka, Semuanya sedap-sedap belaka. Syair -sekadar hiburan: Jom kita pergi restoran KFC, Bersama pengetua sekolah Mr Lee, Makan ayam goreng bersalut cili, sedap hingga menjilat jari-jemari. Dalam pelajaran hari ini, saya berkesempatan untuk mengenali syair dan sekali gus cuba membuat serangkap syair dengan tunjuk ajar daripada Cikgu Manaf. Keadaan di dalam kelas Sastera tadi memang sejuk sekali sehinggakan Mardhiyyah, Shalinah, 'Amirah dan saya menggigil kesejukan. Nasib baik ia tidak menjadi hambatan bagi kami untuk terus memberi sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar. Hmmm... Globalisasi memperkayakan budaya? Betulkah? |